Khamis, 21 April 2011

JANJI

                 Tidak  dinafikan  setiap  orang   mempunyai  janji – janjinya   tersendiri  hanya mereka  saja  yang  mengetahuinya.  Jika  berjanji  dengan  seseorang  itu, adakah wajib  kita  menunaikan  janji  tersebut?? Begitu  pentingkah  janji  seseorang  itu yang  perlu  ditunaikan. Adakah kita akan dipersalahkan jika tidak dapat menunaikan janji yang telah kita sendiri buat   kepada  seseorang itu?? Adakah kita ini akan dikatakan seorang yang penipu atau seorang yang tidak boleh dipercayai kerana hanya suka  berkata – kata  tetapi tidak menunaikan. Seperti mana orang   selalu katakan  habis  madu  habis  sepah  dibuang  atau  hanya  manis   dimulut  saja,  buatnya  tidak. Adakah  begitu  yang   akan  dikatakan  orang  ramai  terhadap seseorang itu.
                        Bagaimana   pula yang dijanjikan   itu  melibatkan orang  lain  adakah ianya perlu ditunaikan juga?  Adakah  seseorang  yang   tidak mengetahui  apa yang dijanjikan   orang  lain  terpaksa  terima  saja  apa yang mereka  rancangkan??  Adakah ini   akan mempuaskan  hati orang yang  memberi janji  dan penerima    perjanjian  itu?  Adakah  ini  akan   membuat  mereka   gembira  dengan  keputusan  yang  mereka  buat  itu.  Akan  tetapi  adakah  mereka  rasai dan fahami    perasaan  orang  yang   terpaksa  berada  di dalam  perjanjian mereka  itu.  Orang  yang  tidak  tahu   kenapa  beliau   dikaitkan   didalam  perjanjian   mereka   itu.  Tidak terfikirkah mereka apa perasaan   seseorang itu. Apa perasaannya apabila  terpaksa  mengikuti  perjanjian yang  tidak  mudasabah  baginya  kerana  beliau  tidak  terlibat  apa -  apa pun  dalam  masalah mereka itu jadi kenapa dia yang harus  dijadikan bahan  tebusan  dalam  perjanjian mereka   itu. Adakah  seseorang   itu  harus bayar  apa yang  kesalahan   mereka  itu  untuk  menutupi kesalahan   yang  mereka  telah  buat.  Itu  supaya  orang  tidak  bersyak  wasangka  terhadap  mereka.  
                        Mungkin  seseorang  yang  mereka  jadikan  bahan  uji  kaji ini,  seorang  akan  mengikut  apa  saja kemahuan  mereka  kerana  beliau  tidak  akan   sanggup  melihat  pergolakan  dan  keruntuhan   kekeluargaan  di dalam  salah seorang  dari mereka.  Jadi  ia  akan  memudahkan  mereka  membuat  perancangan  yang  teratur dan terhebat  di  dunia  bagi  mereka.  Seseorang  itu  tidak  akan  melukakan  hati  orang beliau  sayang  kerana  beliau  juga,  ada  melakukan  kesalahan  kerana  terjebat  sedikit  di dalam  perangkap  mereka  itu. Adakah  kerana  kesalahan  itu,  beliau  wajib  menunaikannya??            
                        Jika  beliau  menunaikan  janji  yang  direka  oleh   mereka,  adakah  dapat   menggembirakan  hati  orang yang  beliau  sayang? Adakah  kejadian  yang  lepas  tidak  akan berdarah semula  dengan tangisan  orang -  orang  yang  tidak  begitu    sokong  dengan  tindakkan  yang  beliau  lakukan  dahulu.  Mahukan  dia  melihat  orang  yang  dia  sayang  mengalirkan   air  mata lagi  dengan  keputusan  yang  akan   dia  lakukan  ini. Adakah  dengan  pengorbanan  yang  dia  lakukan  ini  akan  memberi   masa  depan  yang  cemerlang    dan  cerah  dan   kebahagiaan  kepada  orang – orang  yang dia  sayangi  dan  cintai  itu..
                        Adakah  kebahagiaan   itu  akan  memberi  kegembiraan  kepada  dirinya  sendiri,  adakah  masa   depannya  akan   terjamin  jika  dia  menunaikan  janji  itu. Adakah  tiada  lagi  air  mata  yang  akan  keluar  olehnya   tanpa  pegetahuan  semua  orang   termasuk  orang  yang disayanginya.  Adakah   apa  yang  kebebasan  yang  telah  lama   dia  lalui  sebelum  ini  akan  dia  dapat   selepas  ini. Adakah  dia  dapat  membuat   keputusannya  sendiri  tanpa  kongkongan  dari  orang  lain   seperti  mana  yang  selalu  dia  buat  sebelum  ini,  kerana  dia  yakin  dengan  keputusannya  itu  akan  memberi  kepuasan  di  dalam  dirinya  dan   akan  membuat  orang  lain  gembira  dengan keputusan  yang telah  dia  pilih itu. Dia  juga  sudah  biasa  hidup  bebas  tanpa  perlu  ada  orang  yang  mengongkong  apa  yang  dilakukan  olehnya.  Mereka  hanya  perlu  mempercayai  dirinya dan  menyokong  keputusan  yang telah dia buat. Dia  tidak  akan  melakukan  perkara  yang  akan  mengecewakan  keluarganya sendiri, dia  juga sudah banyak  melihat  kekecewaan  dan kesalahan  yang   telah   dibuat  oleh    orang  disekelilingnya  itu.  Dia  juga  dapat  berfikir  cukuplah  kejadian – kejadian  itu  dijadikan iktibar  dan  pengajaran  kepadanya  untuk  meneruskan  kehidupan   yang  penuh   konflikasi  ini  supaya  tidak  terjebakkan  diri di  dalam  kebebasan  yang  sementara  dalam  dirinya  yang  masih  terlalu  mentah  untuk  fahami  permainan  yang  terdapat  di  dalam  dunia  yang   fana  ini.
                        Bagaimana  pula  jika dia  tidak  menunaikan   janji  yang  mereka  buat  adakah  keluarganya  akan   hancur  seperti  mana  yang  dia  lihat  pada   beberapa  orang  yang   dilihatnya  itu. Mahukah  dia  lihat  keluarganya begitu, tiada  lagi  gelak  ketawa, tiada  lagi  percutian   dan riadah  yang selalu  dilakukan  mereka. Dan mungkin  percutian  yang  dulu  adalah yang  terakhir  baginya. Mungkin  lepas  ini  tiada  lagi  keceriaan  dan  kegembiraan  di  wajahnya. Adakah  dengan   cara  begitu   keluarganya  akan  gembira??
                        Bagaimana  pula  jika   dia  lakukan seperti dahulu,  dia  hanya  perlu  mendiamkan  diri   tanpa  perlu  lakukan  apa – apa tindakan. Dia  juga  boleh  menghilangkan  diri  dan  melihat  apa  yang  akan  terjadi  pada  masa  akan  datang. Wajarkah  tindakan  sebegini  yang  harus  dilakukannya. Bagaimana  pula  jika  dia  membuat  tindakan  sendiri  dengan  melakukan  apa  yang  pernah  di terfikir olehnya, mungkin   tindakannya  yang  difikirnya  itu  tidak  logik  dan  berisiko pada dirinya  dan  juga  masa  depannya. Mungkin  dengan  cara  sebegitu masalah  ini  akan  selesai  dengan  sendiri. Dia  hanya  perlu  berserah  pada  takdir  saja  apa  yang  akan  berlaku  pada  dirinya selepas   ini.
                        Yang  mana  harus  dipilih   dan  akan  memberi  satu  keputusan  yang  terbaik  menjadi  lebih  baik  lagi ,  demi  masa  depan  yang   perlu  dia  tempuhi  kerana  masih  banyak  lagi  cabaran  yang   harus  dia  tempuhi  pada  masa  akan  datang . malah mungkin  lebih  tercabar  dan  membebankan  lagi  agaknya. Hidup  ini  jika  tiada  cabaran  mungkin  tidak  indah dan  seronok untuk  kita  nikmati  agaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan