Khamis, 21 April 2011

JANJI

                 Tidak  dinafikan  setiap  orang   mempunyai  janji – janjinya   tersendiri  hanya mereka  saja  yang  mengetahuinya.  Jika  berjanji  dengan  seseorang  itu, adakah wajib  kita  menunaikan  janji  tersebut?? Begitu  pentingkah  janji  seseorang  itu yang  perlu  ditunaikan. Adakah kita akan dipersalahkan jika tidak dapat menunaikan janji yang telah kita sendiri buat   kepada  seseorang itu?? Adakah kita ini akan dikatakan seorang yang penipu atau seorang yang tidak boleh dipercayai kerana hanya suka  berkata – kata  tetapi tidak menunaikan. Seperti mana orang   selalu katakan  habis  madu  habis  sepah  dibuang  atau  hanya  manis   dimulut  saja,  buatnya  tidak. Adakah  begitu  yang   akan  dikatakan  orang  ramai  terhadap seseorang itu.
                        Bagaimana   pula yang dijanjikan   itu  melibatkan orang  lain  adakah ianya perlu ditunaikan juga?  Adakah  seseorang  yang   tidak mengetahui  apa yang dijanjikan   orang  lain  terpaksa  terima  saja  apa yang mereka  rancangkan??  Adakah ini   akan mempuaskan  hati orang yang  memberi janji  dan penerima    perjanjian  itu?  Adakah  ini  akan   membuat  mereka   gembira  dengan  keputusan  yang  mereka  buat  itu.  Akan  tetapi  adakah  mereka  rasai dan fahami    perasaan  orang  yang   terpaksa  berada  di dalam  perjanjian mereka  itu.  Orang  yang  tidak  tahu   kenapa  beliau   dikaitkan   didalam  perjanjian   mereka   itu.  Tidak terfikirkah mereka apa perasaan   seseorang itu. Apa perasaannya apabila  terpaksa  mengikuti  perjanjian yang  tidak  mudasabah  baginya  kerana  beliau  tidak  terlibat  apa -  apa pun  dalam  masalah mereka itu jadi kenapa dia yang harus  dijadikan bahan  tebusan  dalam  perjanjian mereka   itu. Adakah  seseorang   itu  harus bayar  apa yang  kesalahan   mereka  itu  untuk  menutupi kesalahan   yang  mereka  telah  buat.  Itu  supaya  orang  tidak  bersyak  wasangka  terhadap  mereka.  
                        Mungkin  seseorang  yang  mereka  jadikan  bahan  uji  kaji ini,  seorang  akan  mengikut  apa  saja kemahuan  mereka  kerana  beliau  tidak  akan   sanggup  melihat  pergolakan  dan  keruntuhan   kekeluargaan  di dalam  salah seorang  dari mereka.  Jadi  ia  akan  memudahkan  mereka  membuat  perancangan  yang  teratur dan terhebat  di  dunia  bagi  mereka.  Seseorang  itu  tidak  akan  melukakan  hati  orang beliau  sayang  kerana  beliau  juga,  ada  melakukan  kesalahan  kerana  terjebat  sedikit  di dalam  perangkap  mereka  itu. Adakah  kerana  kesalahan  itu,  beliau  wajib  menunaikannya??            
                        Jika  beliau  menunaikan  janji  yang  direka  oleh   mereka,  adakah  dapat   menggembirakan  hati  orang yang  beliau  sayang? Adakah  kejadian  yang  lepas  tidak  akan berdarah semula  dengan tangisan  orang -  orang  yang  tidak  begitu    sokong  dengan  tindakkan  yang  beliau  lakukan  dahulu.  Mahukan  dia  melihat  orang  yang  dia  sayang  mengalirkan   air  mata lagi  dengan  keputusan  yang  akan   dia  lakukan  ini. Adakah  dengan  pengorbanan  yang  dia  lakukan  ini  akan  memberi   masa  depan  yang  cemerlang    dan  cerah  dan   kebahagiaan  kepada  orang – orang  yang dia  sayangi  dan  cintai  itu..
                        Adakah  kebahagiaan   itu  akan  memberi  kegembiraan  kepada  dirinya  sendiri,  adakah  masa   depannya  akan   terjamin  jika  dia  menunaikan  janji  itu. Adakah  tiada  lagi  air  mata  yang  akan  keluar  olehnya   tanpa  pegetahuan  semua  orang   termasuk  orang  yang disayanginya.  Adakah   apa  yang  kebebasan  yang  telah  lama   dia  lalui  sebelum  ini  akan  dia  dapat   selepas  ini. Adakah  dia  dapat  membuat   keputusannya  sendiri  tanpa  kongkongan  dari  orang  lain   seperti  mana  yang  selalu  dia  buat  sebelum  ini,  kerana  dia  yakin  dengan  keputusannya  itu  akan  memberi  kepuasan  di  dalam  dirinya  dan   akan  membuat  orang  lain  gembira  dengan keputusan  yang telah  dia  pilih itu. Dia  juga  sudah  biasa  hidup  bebas  tanpa  perlu  ada  orang  yang  mengongkong  apa  yang  dilakukan  olehnya.  Mereka  hanya  perlu  mempercayai  dirinya dan  menyokong  keputusan  yang telah dia buat. Dia  tidak  akan  melakukan  perkara  yang  akan  mengecewakan  keluarganya sendiri, dia  juga sudah banyak  melihat  kekecewaan  dan kesalahan  yang   telah   dibuat  oleh    orang  disekelilingnya  itu.  Dia  juga  dapat  berfikir  cukuplah  kejadian – kejadian  itu  dijadikan iktibar  dan  pengajaran  kepadanya  untuk  meneruskan  kehidupan   yang  penuh   konflikasi  ini  supaya  tidak  terjebakkan  diri di  dalam  kebebasan  yang  sementara  dalam  dirinya  yang  masih  terlalu  mentah  untuk  fahami  permainan  yang  terdapat  di  dalam  dunia  yang   fana  ini.
                        Bagaimana  pula  jika dia  tidak  menunaikan   janji  yang  mereka  buat  adakah  keluarganya  akan   hancur  seperti  mana  yang  dia  lihat  pada   beberapa  orang  yang   dilihatnya  itu. Mahukah  dia  lihat  keluarganya begitu, tiada  lagi  gelak  ketawa, tiada  lagi  percutian   dan riadah  yang selalu  dilakukan  mereka. Dan mungkin  percutian  yang  dulu  adalah yang  terakhir  baginya. Mungkin  lepas  ini  tiada  lagi  keceriaan  dan  kegembiraan  di  wajahnya. Adakah  dengan   cara  begitu   keluarganya  akan  gembira??
                        Bagaimana  pula  jika   dia  lakukan seperti dahulu,  dia  hanya  perlu  mendiamkan  diri   tanpa  perlu  lakukan  apa – apa tindakan. Dia  juga  boleh  menghilangkan  diri  dan  melihat  apa  yang  akan  terjadi  pada  masa  akan  datang. Wajarkah  tindakan  sebegini  yang  harus  dilakukannya. Bagaimana  pula  jika  dia  membuat  tindakan  sendiri  dengan  melakukan  apa  yang  pernah  di terfikir olehnya, mungkin   tindakannya  yang  difikirnya  itu  tidak  logik  dan  berisiko pada dirinya  dan  juga  masa  depannya. Mungkin  dengan  cara  sebegitu masalah  ini  akan  selesai  dengan  sendiri. Dia  hanya  perlu  berserah  pada  takdir  saja  apa  yang  akan  berlaku  pada  dirinya selepas   ini.
                        Yang  mana  harus  dipilih   dan  akan  memberi  satu  keputusan  yang  terbaik  menjadi  lebih  baik  lagi ,  demi  masa  depan  yang   perlu  dia  tempuhi  kerana  masih  banyak  lagi  cabaran  yang   harus  dia  tempuhi  pada  masa  akan  datang . malah mungkin  lebih  tercabar  dan  membebankan  lagi  agaknya. Hidup  ini  jika  tiada  cabaran  mungkin  tidak  indah dan  seronok untuk  kita  nikmati  agaknya.

Rabu, 20 April 2011

BERCINTA DULU BARU KAWIN @ KAWIN DULU BARU CINTA???

                 Orang selalu cakap kahwin yang dijodohkan oleh orang tua  ni  boleh  membawa kebahgiaan yang berpanjangan sehingga  akhir hayat...adakah betol apa yang dikatakan itu. Kadang – kadang rasa tidak percaya pulak  apabila dengar cerita – cerita mereka itu. Tapi tidak semestinya  bercinta selepas kahwin akan memberi kebahgiaan kepada pasangan itu sendiri.

                Alang indahnya bila kita dapat rasai sendiri apa yang dikatakan oleh orang – orang yang sudah ada pengalaman itu. Mungkin pada masa itu akan lebih faham dan tahu perangai baik dan buruk pasangan kita pada masa itu. Mesti  hidup pada masa tu rasa indah dan terindah lagi sehingga mereka rasa tidak mahu berpisah walaupun sesaat sahaja. Mesti masa tu apa yang kita buat akan dihargai walaupun ianya  tidak seberapa sebenarnya. Mesti masa kita sedang marah dia akan jadi penenang dan penghiburkan  kepada kita. Masa itu hendak marah pun tidak jadi nak marah kerana dia akan tengok aksi – aksi yang membuat dia  rasa ingin ketawa saja. Masa tu kita rasa geram saja dekat dia.

                Mesti masa itu kita rasa bahagia dan rasa tenang saja kerana beliau akan tetap menjadi milik ita walaupun apa yang akan berlaku. Masa itulah kita baru hendak belajar faham dan memahami apa impian yang ingin dia mahukan. Masa itulah kita yang akan menjadi penguat untuk beliau terus bersemangat untuk teruskan impian yang diimpikan olehnya. Kitalah yang akan menjadi penasihat dang pendengar yang baik  apabila beliau menghadapi masalah atau tekanan yang membuat beliau berasa sangat tertekan. Kitalah yang akan menjadi   penyejuk  untuk membuat beliau tidak lagi rasa tertekan dengan dugaan yang dihadapinya itu.

                Mesti indah pada masa itu, kami boleh pergi mana – mana saja tanpa perlu rasa malu dengan kata – kata orang yang melihatnya. Kami boleh buat  apa saja yang  kami suka kerana kami bebas untuk melakukannya dengan hati yang bahgia, tanpa perlu takut terjebak di dalam gelombang dosa lagi. Kami mempunyai ikat yang sah dan direstui oleh kedua – dua orang tau kami.

                Mesti pada masa itu, jika kami terpaksa berpisah mungkin rasa berat hati untuk melepaskannya kerana kami  masih di dalam alam percintaan pada masa itu. Memag sukar untuk dilepaskan. Rasa rindu yang terpaksa disimpan dalam hati seperti  setahun rasanya. Walaupun baru beberapa minit kami mula berpisah di sebabkan oleh tanggungjawab yang terpaksa kami  jalankna untuk masa depan kami juga selepas  ini. Kami juga tidak tahu berapa lama kami akan  terus beruda saja tanpa ada orang ketiga di dalam hidup kami. Mesti  rasa tidak sempurna rasanya jika tidak ada  anugerah yang kami terima  sebagai tanda percintaan dan kasih sayang kita  itu.         

                Bertapa indahnya jika masa itu hadir orang ketiga yang menjadi penguat kepada ikatan yang telah kita ciptakan ini. Masa itu ingin menjerit  kepada semua orang saja yang hany kita seorang saja yang  dapat rasa kegembiraan itu. Hanya kita saja yang dapat rasa nikmatnya. Masa itu rasa hidup ini begitu sempurna rupanya. Tidak seperti masa dulu , aku merasa tidak guna lagi aku hidup di dunia yang fana ini kerana semua impianku sudah musnah dan hancur seperti kaca yang pecah berderai. Masa itu hatiku berasa sangat sakit dan tidak ada ubat yang dapat sembuhkannya, tetapi aku  buta masih ada lagi orang yang lebih sayang dan cintaiku selepas dia.

                Kini ku berasa bertuah sangat dapat hidup dengannya. Rasa bersyukur dengan dugaan yang tempuhi  sebelum ini menunjukkan  petanda yang baik dan erbaik dalam hidupku. Masa itu baruku terfikir rupa – rupanya  bercinta selepas kahwin mempunyai  kemanisan yang berbeza dalam hidupku. Hanya    sesetengah orang saja yang dapat merasainya.

                Bagi orang sedang bercinta sekarang mungkin beliau menafikannya kerana bagi mereka bercinta dahulu lebih baik. Bagi mereka masa itulah kita akan kenal pasangan kita itu. Masa itu kita akn tahu dia akan jujur dan setia dengan kita seorang saja. Tidak semestinya bercinta dahulu tidak membawa kebahgiaan kepada seseorang itu. Ainya bergantung pada kesetiaan  dan kepercayaan seseorang itu.

                Jika  pilihan yang dipilihnya itu boleh membawa kebahgiaan kepadanya bertapa bertuahnya diri seseorang itu. Kerana mereka sudah faham  perangai baik dan buruk pasangannya itu. Mungkin pada  masa itu,  mereka  berasa hidup ini sangat sempurna dan terlalu indah bagi mereka. Mereka mungkin mempunyai  minat yang sama. Dengan itu ia akan memudahkan mereka untuk saling memahami perangai masing – masing. Mungkin pada masa itu mereka sudah ada perancangan yang teratur  kerana mereka sudah merancang sebelum mereka meneruskan ikatan ini lagi.

                Mereka hanya  perlu hangatkan lagi kemanisan yang mereka  tempuhi  sebelum ini menjadi lebih manis lagi. Masa itu mereka berasa sangat bahgia sangat rasa macam semua yang diimpikan telah sempurna.  Masa itu, kami hanya  perlu menunggu orang yang akan membuat kami lebih bertambah bahgia dan gembira  lagi. Dengan pilihan sendiri ini akan memberi kepuasan kepada diri sendiri  kerana  berjaya mencari pasangan yang boleh memberi kebahgiaan  kepada dalam hidup mereka tanpa perlu pertolongan ibu bapa untuk mencarikannya. Mereka hanya perlu membahagiakan hati mereka saja dan meminta restu dan doa dari mereka kerana mereka adalah anak – anak  yang perlu ditegur jika melakukan kesalahan. Bagi ibu bapa anak – anak mereka ini masih mentah dalam dua ini kerana mereka masih lagi belajar untuk memahami  untuk hidup berdua ini.

                Mereka perlu ada komunikasi yang baik dan ada perasaan saling bertolak ansur jika berlaku perselisihan faham  baru  mereka akan dapat pertahankan hubungan mereka sehingga akhir hayat mereka. Oleh itu, kita perlu buang keegoan masing – masing untuk teruskan hidup ini seperti orang lain juga.

                Adakah  bercinta dulu baru kahwin  lebih membahgiakan atau bercita selepas kahwin membawa kenikmatan berumah tangga yang amat diperlukan sekarang ini. Yang mana menjadi terbaik untuk kita semua.

               

MASIH ADA LELAKI SEBEGINI

             Tidak ku sangka masih ada lagi lelaki yang sanggup menjaga  anak – anaknya  selepas rumah tangga yang dibina tidak berpanjangan seperti mana yang dimimpikan pada masa  di alam percintaan dulu. Tidak ku sangka masih ada ibu  yang sanggup melupakan anak – anaknya demi mengejar kebahagian yang boleh memberi  keseronokan kepadanya pada masa kini. Tidak ku sangka masih ada bapa yang sanggup mengambil anak – anak tersebut dan tidak akan menyerah anak – anaknya kepada orang yang ingin menjaga dan memberi kasih sayang yang lebih kepada mereka. Demi anaak – anak si bapa sanggup menjaga dan memberi   kasih    sayang yang secukupnya  kepada anak – anaknya. Demi masa  depan anak – anaknya dia membesarkan mereka dengan membuat perancangan   yang terbaik  demi masa depan  mereka.  Walaupun anak – anak sering mengadu mereka rindu akan emak mereka  dengan  hati yang tenang  bapanya menenangkan hati – hati anak – anaknya  dengan pujukan yang lembut supaya mereka tidak menangis  memanggil  ibu mereka. Tidak dinafikan memang sayu hati apabila anak – anak yang disayangi memanggil ibu mereka pada tiap – tiap malam. Adakalanya  sehingga di dalam mimpi mereka memanggil ibu mereka. Kadang – kadang sayu jugak hati ini apabila anak – anak yang disayang merindui ibu mereka. Mereka memang sangat rapat dengannya dari kecil lagi tapi tiba – tiba ibu mereka meninggal  demi mencari kebebasan diri. Anak – anak yang tidak tahu apa – apa ini terpaksa menerimanya tanpa bertanya kenapa kepada ayah dan ibu mereka. Bagaimanalah keadaan anak – anak ini apabila mereka menjejak kaki ke sekolah nantikan. Apa perasaan mereka apabila melihat kawan – kawannya dijemput oleh ibu dan bapa yang disayangi tetapi dia di jemput oleh  bapa dan adiknya  saja. Mesti  sedih rasanya  hati anak ini. Dari kecil sudah kehilangan kasih sayang  seorang ibu. Ibulah tempat beliau bermanja apabila si bapa memarahinya. Tetapi kini pada bapanya sahaa tempt beliau bertumpang kasih sayang. Bapa adalah ibu dan  bapa kepadanya. Dengan bapanya saja tempat dia bergantung dan mengadu masalah yang dihadapinya. Anak ini terpaksa mendewasakan dirinya sendiri tidak seperti kawan – kawannya yang masih boleh bermain tanpa perlu membuat kerja rumah. Dia terpaksa membantu  bapanya mengemas rumah dan menolong bapanya memasak jika bapanya ada masa kelapangan dan kerajinan. Si bapa pada masa dulu hanya menjaga  dan bermain dengan anak – anaknya saja apabila balik dari kerja tapi sekarang si bapa terpaksa merajinkan diri ke dapur  untuk memasak makanan kepada anak – anaknya dan membasuhkan pakaian mereka apabila anak – anak sudah tidur. Pada masa itulah si bapa membuat kerja – kerja rumah yang sebelum ini tidak pernah dibuatnya. Hanya bergantung pada si isteri saja yang membuatnya. Dia hanya perlu mencari  rezeki kepada mereka  saja.


                        Kini segala yang diimpikan sudah musnah berkecai  seperti kaca yang berselerak apabila  jatuh ke lantai. Jika boleh di putarkan semula masa. Mungkin  kejadian seperti  begini tidak akan berlaku di dalam hidup lelaki tersebut. Tapi demi anak – anak beliau lupakan kesedihan dan peperitan itu. Dia bangit untuk teruskan hidup demi anak – anak yang beliau kerana baginya anak – anaklah pengubat bagi kesakitan itu. Anak – anaklah antugerah yang  amat bernilai dalam hidupnya. Amat merugikan jika beliau tidak menghargai  harta yang diberikan ini dengan sebaik – baiknya. Dengan azam  dan semangat  ayng kuat  belaiu  dapat lupakan kesedihan itu.


                        Sudah setahun  peristiwa ini berlaku tidak ku sangka masih ada lagi perasaan rindu ibu ini terhadap anak – anaknya. Sudah setahun  kejadian ini berlaku tiba – tiba si ibu ini datang untuk melihat anak – anaknya. Si bapa ini berfikir, si ibu sudah melupakan anak – anaknya lagi kerana sebelum ini tidak pernah dia datang melihat anak  - anaknya  walaupun sekali. Kini baru si bapa tahu masih ada perasaan sayang di dalam diri si ibu terhadap anak – anaknya itu. Si bapa tidak  melarang si ibu jika hendak berjumpa dengan ank – anaknya kerana beliau tahu anak – anaknya amat merindui ibu mereka sebenarnya.


                                    Kini si bapa  terasa rindu pulak kepada anak – anak kerana  mereka tidak pernah berpisah lama. Terpaksa  hadapi kesunyian ini seorang diri di rumah kerana anak – anak telah diambil oleh si ibunya untuk beberapa minggu. Rasa hidup   ini kosong dan tidak bermakna tanpa mereka. Rasa rumah ini kosong tanpa suara suka, ketawa, tangisan dan bermacam – macam lagi yang selalu di lakukan oleh kami ini. Rasa mahu pergi ambil mereka pulang rumah saja sekarang ini. Tetapi  masih ada lagi perasaan  sabar  dan kasihan kepada anak – anak, hati ini  membiarkannya sementara dengan menyibukkan diri dengan kerja – kerja. Dengan cara begitu saja boleh melupakan sebentar  rasa  rindu terhadap anak – anak yang di sayangi ini.  Dikala diri ini kesunyian rasa rindu itu akan muncul semula apabila berada di dalam rumah kerana barang – barang mereka masih ada lagi di dalam rumah ini. Bagaimanalah rasanya jika mereka tidak akan pulang kembali di rumah ini adakah ia akan menjadi lebih sunyi dan  perasaan rindu itu akan bertambah parah. Kini ku hanya menanti dan menanti bila hari  bilalah mereka akan pulang kembali sismpingku semual seperti dahulu kala. Kini ku hanya perlu berdoa dan berdoa supaya mereka dikembalikan kepada ku  semula kerana merekalah penguat untuk ku teruskan hidup yng penuh dengan cabaran dan rintangan ini. Tanpa mereka aku rasa hidup ini tidak bermakna lagi, lebih baik  aku mati saja dari hidup begini.  Akan tetap dengan adanya iman yang kuat didalm diri, akau teruskan hidup juga demi masa depan anak – ana yang ku cintai dan sayangi. Kerana aku tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Adakah mereka akan diberi kasih sayang seperti aku beri kepada mereka? Adakah mereka hanya akan menjadi mangsa penderaan apabila berlaku pergaduhan? Ini lah yang amat aku takuti sekarang ini.  Aku berharap sangat mereka tidak akan berbuat begitu kepada anak – anakku. Kerana mereka terlalu istimewa kepadaku.