Jika kita sebut perempuan mesti kaum lelaki selalu kata perempuaan membuat mereka pening kepala dengan kerenah dan perangai mereka itu. Tapi kerana perempuan jugalah mereka amat tenang dan bahagia. Jika tanpa perempuan mereka pasti berasa sunyi dan kesepian kerana tidak ada penghibur semasa mereka penat dan letih berkerja. Mereka berasa perempuan saja yang boleh memberi ketenangan apabila mereka memerlukannnya. Jika tiada perempuan di dunia ini mesti rasa boring agaknya kerana tidak dapat melihat keindahan ciptaan- Nya itu.
Perempuan tidak akan lari dan tidak boleh dipisahkan dengan fesyen dan barang mekap. Bagi mereka ituah eset mereka untuk membuat seseorang lelaki itu tertarik dan terpikat dengan kejelitaan dan kecantikan mereka. Jika mereka tidak pandai bergaya dan mekap, perempuan itu mungkin kurang menjadi tarikan kepada golongan adam ini. Mereka sanggup menghabiskan beratus - ratus sehingga beribu – ribu duit mereka demi menawan hati kaum adam. Mereka tidak kisah duit mereka habis dengan membeli barang – barang tersebut malah mereka puas dengan apa yang mereka lakukan itu akan membahagiakan hati mereka juga akhirnya nanti.
Kita selalu melihat perempuan akan selalu membawa beg tangan walau dimana mereka berada. Mereka tidak akan melepaskan peluang untuk membeli beg tangan baru apabila terdapat fesyen baru yang berada dipasaran. Mereka akan mengikut trend fesyen terkini supaya mereka akan dilihat seorang yang bergaya dan moden dimata masyarakat. Jika terdapat reka bentuk beg tangan yang cantik dan memikat hati mereka akan membelinya tanpa perlu berfikir panjang kerana bagi mereka jika kita lambat membuat keputusan mesti beg terdebut akan menjadi hak milik orang lain nanti. Mereka juga yang akan frust jika tidak dapat membelinya nanti.
Selepas membeli beg tangan rasanya tidak lengkap jika tidak mengayakannya dengan pakaian dan kasut yang bersesuaian dengan beg yang dibeli tadi. Mesti berpasang – pasang dan bermacam - macam jenis baju yang akan dibeli oleh mereka untuk digayakan dengan beg tangan tadi. Mereka tidak kisah jika baju yang mereka beli bulan lepas masih ada yang belum dipakai oleh mereka. Bagi mereka trend bulan ini lebih menarik dari baju yang telah beliau ada sekarang. Rasa rugi jika tidak membelinya sekarang. Kita akan rasa ketinggalan zaman jika tidak mengikuti arus kemodenan dan kemjuan fesyen di masa kini. Mungkin seseorang itu akan mengagap kita seorang yang kolot kerana tidak mengikuti peredaran fesyen yang semakin hari semakin bergerak pantas.
Jika membeli pakaian mesti ada kasut yang bbersesuaian dengan citarasa kita juga. Kalo tidak membeli kasut rasa tidak sempurna hidup ini agaknya. Dengan kasut kita akan dilihat seperti seorang yang berkaliber dan mempunyai pemikiran yang tinggi. Selalunya akun wanita akn memilih beberapa pasang kasut supaya ia akan memudahkannya mengayakan di mana - mana majlis dan function supaya mereka akan dilihat seorang yang menawan di mata kaum adam.
Tidak tidur lena agaknya jika seseorang wanita itu tidak membeli beberapa jenis barang mekap untuk mencantikkan wajahnya dengan barang – barang ini. Jika tanpa mekap wajah mereka tidak akan berseri - seri seperti wanita - wanita lain. Mesti mereka akan dikutuk oleh orang yang melihatnya. Demi kecantikan juga, mereka sanggup menghabiskan duit dengan membuat suntikan - suntikan dan pembedahan yang boleh mengembalikan kejelitaan pada wajah mereka. Walaupun perkara itu menyakitkan mereka rela dan kuatkan semangat untuk melakukannya juga supaya kaum adam yang berasa di sampingnya tidak akan beralih arah kepada wanita – wanita yang lebih cantik darinya.
Demi untuk memikat hati seorang adam, wanita tidak dapat dipisahkan dengan fesyen dan produk – produk kecantikan. Jika mereka pergi bershopping tidak menghairankan kaum adam jika mereka terpaksa tunggu lama disesebuah kedai untuk memberi ruang kepada kaum hawa memilih barang yang menarik minatnya itu. Kaum adam juga terpaksa menyediakan wang yang cukup untuk memuaskan kaum hawa. Mesti mereka sakit kepala jika setiap bulan mereka terpaksa mengeluarkan separuh dari gaji mereka kepada kaum hawa untuk fesyen dan produk kecantikan sahaja. Ini tidak lagi perbelanjaan lain. Mesti kaum adam akan berasa takut untuk mendekati kaum hawa yang sebegini, mungkin mereka akan melarikan diri atau menyembunyikan diri di rumah saja dari mendekati kaum hawa ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan