Tidak ku sangka masih ada lagi lelaki yang sanggup menjaga anak – anaknya selepas rumah tangga yang dibina tidak berpanjangan seperti mana yang dimimpikan pada masa di alam percintaan dulu. Tidak ku sangka masih ada ibu yang sanggup melupakan anak – anaknya demi mengejar kebahagian yang boleh memberi keseronokan kepadanya pada masa kini. Tidak ku sangka masih ada bapa yang sanggup mengambil anak – anak tersebut dan tidak akan menyerah anak – anaknya kepada orang yang ingin menjaga dan memberi kasih sayang yang lebih kepada mereka. Demi anaak – anak si bapa sanggup menjaga dan memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anak – anaknya. Demi masa depan anak – anaknya dia membesarkan mereka dengan membuat perancangan yang terbaik demi masa depan mereka. Walaupun anak – anak sering mengadu mereka rindu akan emak mereka dengan hati yang tenang bapanya menenangkan hati – hati anak – anaknya dengan pujukan yang lembut supaya mereka tidak menangis memanggil ibu mereka. Tidak dinafikan memang sayu hati apabila anak – anak yang disayangi memanggil ibu mereka pada tiap – tiap malam. Adakalanya sehingga di dalam mimpi mereka memanggil ibu mereka. Kadang – kadang sayu jugak hati ini apabila anak – anak yang disayang merindui ibu mereka. Mereka memang sangat rapat dengannya dari kecil lagi tapi tiba – tiba ibu mereka meninggal demi mencari kebebasan diri. Anak – anak yang tidak tahu apa – apa ini terpaksa menerimanya tanpa bertanya kenapa kepada ayah dan ibu mereka. Bagaimanalah keadaan anak – anak ini apabila mereka menjejak kaki ke sekolah nantikan. Apa perasaan mereka apabila melihat kawan – kawannya dijemput oleh ibu dan bapa yang disayangi tetapi dia di jemput oleh bapa dan adiknya saja. Mesti sedih rasanya hati anak ini. Dari kecil sudah kehilangan kasih sayang seorang ibu. Ibulah tempat beliau bermanja apabila si bapa memarahinya. Tetapi kini pada bapanya sahaa tempt beliau bertumpang kasih sayang. Bapa adalah ibu dan bapa kepadanya. Dengan bapanya saja tempat dia bergantung dan mengadu masalah yang dihadapinya. Anak ini terpaksa mendewasakan dirinya sendiri tidak seperti kawan – kawannya yang masih boleh bermain tanpa perlu membuat kerja rumah. Dia terpaksa membantu bapanya mengemas rumah dan menolong bapanya memasak jika bapanya ada masa kelapangan dan kerajinan. Si bapa pada masa dulu hanya menjaga dan bermain dengan anak – anaknya saja apabila balik dari kerja tapi sekarang si bapa terpaksa merajinkan diri ke dapur untuk memasak makanan kepada anak – anaknya dan membasuhkan pakaian mereka apabila anak – anak sudah tidur. Pada masa itulah si bapa membuat kerja – kerja rumah yang sebelum ini tidak pernah dibuatnya. Hanya bergantung pada si isteri saja yang membuatnya. Dia hanya perlu mencari rezeki kepada mereka saja.
Kini segala yang diimpikan sudah musnah berkecai seperti kaca yang berselerak apabila jatuh ke lantai. Jika boleh di putarkan semula masa. Mungkin kejadian seperti begini tidak akan berlaku di dalam hidup lelaki tersebut. Tapi demi anak – anak beliau lupakan kesedihan dan peperitan itu. Dia bangit untuk teruskan hidup demi anak – anak yang beliau kerana baginya anak – anaklah pengubat bagi kesakitan itu. Anak – anaklah antugerah yang amat bernilai dalam hidupnya. Amat merugikan jika beliau tidak menghargai harta yang diberikan ini dengan sebaik – baiknya. Dengan azam dan semangat ayng kuat belaiu dapat lupakan kesedihan itu.
Sudah setahun peristiwa ini berlaku tidak ku sangka masih ada lagi perasaan rindu ibu ini terhadap anak – anaknya. Sudah setahun kejadian ini berlaku tiba – tiba si ibu ini datang untuk melihat anak – anaknya. Si bapa ini berfikir, si ibu sudah melupakan anak – anaknya lagi kerana sebelum ini tidak pernah dia datang melihat anak - anaknya walaupun sekali. Kini baru si bapa tahu masih ada perasaan sayang di dalam diri si ibu terhadap anak – anaknya itu. Si bapa tidak melarang si ibu jika hendak berjumpa dengan ank – anaknya kerana beliau tahu anak – anaknya amat merindui ibu mereka sebenarnya.
Kini si bapa terasa rindu pulak kepada anak – anak kerana mereka tidak pernah berpisah lama. Terpaksa hadapi kesunyian ini seorang diri di rumah kerana anak – anak telah diambil oleh si ibunya untuk beberapa minggu. Rasa hidup ini kosong dan tidak bermakna tanpa mereka. Rasa rumah ini kosong tanpa suara suka, ketawa, tangisan dan bermacam – macam lagi yang selalu di lakukan oleh kami ini. Rasa mahu pergi ambil mereka pulang rumah saja sekarang ini. Tetapi masih ada lagi perasaan sabar dan kasihan kepada anak – anak, hati ini membiarkannya sementara dengan menyibukkan diri dengan kerja – kerja. Dengan cara begitu saja boleh melupakan sebentar rasa rindu terhadap anak – anak yang di sayangi ini. Dikala diri ini kesunyian rasa rindu itu akan muncul semula apabila berada di dalam rumah kerana barang – barang mereka masih ada lagi di dalam rumah ini. Bagaimanalah rasanya jika mereka tidak akan pulang kembali di rumah ini adakah ia akan menjadi lebih sunyi dan perasaan rindu itu akan bertambah parah. Kini ku hanya menanti dan menanti bila hari bilalah mereka akan pulang kembali sismpingku semual seperti dahulu kala. Kini ku hanya perlu berdoa dan berdoa supaya mereka dikembalikan kepada ku semula kerana merekalah penguat untuk ku teruskan hidup yng penuh dengan cabaran dan rintangan ini. Tanpa mereka aku rasa hidup ini tidak bermakna lagi, lebih baik aku mati saja dari hidup begini. Akan tetap dengan adanya iman yang kuat didalm diri, akau teruskan hidup juga demi masa depan anak – ana yang ku cintai dan sayangi. Kerana aku tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Adakah mereka akan diberi kasih sayang seperti aku beri kepada mereka? Adakah mereka hanya akan menjadi mangsa penderaan apabila berlaku pergaduhan? Ini lah yang amat aku takuti sekarang ini. Aku berharap sangat mereka tidak akan berbuat begitu kepada anak – anakku. Kerana mereka terlalu istimewa kepadaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan