Selasa, 10 Mei 2011

Aku Jadi Gila Dan Hantu Sebentar

Aku menjadi  gila  sebentar  dengan  hobi   lamaku kembali.  Sudah  lama  aku  tidak  melakukannya  selepas  busy  dengan  study  dan  praktikal. Akhirnya, aku dapat  meluangkan  masa  dan  menghabiskan  duitku  dengannya. Hahahahaha, kini  aku  telah  jatuh  cinta dengannya  kembali.

 Kini  aku  di dalam  dunia fantasiku sendiri dengan  hobiku  itu,  bagaimanakah agaknya  tanggapan  orang   lain terhadapku  jika  melihat gaya  dan  tingkah laku   ku ini, mesti orang  beranggapan  aku  seperti mabuk  bercinta  tetapi  ia  tidak  seperti  yang  di fikirkan  kerana  aku mabuk bercinta  dengan  buku  ku  sendiri, bukan  dengan  seorang lelaki  tetapi  dengan  sebuah  buku. Mesti  orang  akan  ketawakan ku jika melihat masih  ada  seorang  gadis  yang  boleh digelar hantu  novel ini, boleh  membawa  dirinya  di dalam  watak  yang dibacanya  itu. Mungkin  tindakannya  yang terlalu berimiginasi  ini akan membuat orang  sekelilingnya  terkejut  dengan tingkah  lakunya. Mana  tidaknya  jika  apa  yang  dibacanya itu  melucukan  beliau  akan  ketawa  dan  menangis  jika  ianya  menyedihkan. Mungkin  orang  yang melihatnya  akan  terkejut  dengannya  dan  mereka  tidak  menyangka  masih  ada  orang  yang  boleh   menjiwai  apa  yang dibacanya  itu. Walaupun  ianya   sebenarnya  hanya  sebuah  cerita  dongeng dan  rekaan  semata – mata  untuk  menghiburkan orang  ramai.

Baginya  dengan  mendalami  apa yang  dibacanya  itu akan  memberi  satu  kepuasan dan  keseronokan  kepadanya. Kerana  beliau  beranggapan  didalam  cerita  yang  beliau  baca  itu merupakan  sebuah  kehidupan  yang  di ingininya.  Walaupun  ianya  hanya sebuah  cerita akan  tetapi ai  amat  bermakna  baginya. Dengan  adanya kisah – kisah  tersebut  beliau  dapat merasai kasih sayang yang  beliau  impikan  walaupun  ianya  hanyalah fantasi  bukan  reality  akan  tetapi  ia membahagiakannya.

Kini  beliau  telah  jatuh  cinta  dengan cerita  “ Pilihan  Mama”, “ Terlanjur Mencintaimu”   dan  “ Dibius Cinta”. Dengan adanya  teman – temannya  ini  tidak  tidur  malam  pun tidak  apa  asalkan  dapat  menghabiskannya  dan mengetahui  apa  kesudahan  ceritanya  itu. Dengan  teman – temannya  inilah  juga  beliau  sanggup  tidak  makan  asalkan  tidak  berenggang  dengan mereka. Agaknya  bila  beliau  ada  pakwe  pun  mungkin  pakwenya  dilupakan  juga. Hahhahahahaha,  siapalah  yang  akan  bernasib  malang  jika  mendapatku  inikan.  Mesti  tidak  akan  mendapat layanan  istimewa  jika  aku  dapat  teman – temanku ini. Mesti  dorang  rasa  sangat  malang  dan  kecewa  dengan  sikapku  itu.

Akan  tetapi  aku  tidak  perlu memeningkan kepalaku memikirkannya kerana hingga  hari  ini  aku  masih lagi  bersendiri. Aku tidak perlu memikirkan  orang  lain kerana  aku  perlu  kebebasan diri dahulu, baru memikirkannya  suatu  hari   nanti.  Mungkin  apabila  hatiku  sudah  terbuka  untuk menerima  orang  lain disampingku  agaknya. Ehm  aku pun tidak  tahu  bila  ianya  akan  terjadi. Arhhhh  biarkannya  datang  sendiri  di dalam  hidupku, mungkin  ianya  akan   terjadi  jugak  bila  tiba  masanya. So sekarang  lapangkan  fikiran  dan  tenangkan  hati dengan  hidup  sekarang ini. Jangan kusutkan kepala  dengan masalah  lain. Jangan  menambahkan kekusutan  yang  telah  ada  sekarang ini. Biarkannya  dengan kekusutanya  itu. Akhir nanti  kekusutan itu  mungkin  akan  hilang  dengan  sendirinya.

Ceriakan  hatimu  dengan teman – temanmu itu dan  busykan diri  dengan  hobimu  itu dengan  hati yang  gembira dan  bahagia  dengan  fantasimu itu.













Isnin, 9 Mei 2011

PEREMPUAN OH PEREMPUAN

Jika  kita  sebut   perempuan  mesti  kaum  lelaki  selalu kata  perempuaan  membuat  mereka  pening kepala dengan  kerenah  dan  perangai   mereka   itu.  Tapi  kerana  perempuan  jugalah  mereka  amat  tenang  dan bahagia. Jika  tanpa  perempuan  mereka   pasti  berasa  sunyi  dan  kesepian  kerana  tidak ada  penghibur semasa  mereka  penat  dan  letih  berkerja.  Mereka  berasa   perempuan  saja  yang  boleh  memberi  ketenangan   apabila  mereka  memerlukannnya.  Jika  tiada  perempuan  di dunia  ini  mesti  rasa boring  agaknya  kerana  tidak  dapat  melihat  keindahan  ciptaan- Nya  itu.

Perempuan  tidak  akan  lari  dan  tidak  boleh  dipisahkan  dengan  fesyen dan  barang  mekap. Bagi mereka  ituah  eset  mereka  untuk  membuat  seseorang  lelaki  itu tertarik  dan  terpikat   dengan  kejelitaan  dan  kecantikan  mereka.  Jika  mereka  tidak  pandai  bergaya  dan  mekap,  perempuan  itu  mungkin  kurang  menjadi  tarikan  kepada  golongan  adam  ini. Mereka  sanggup  menghabiskan  beratus  -  ratus  sehingga  beribu – ribu  duit mereka  demi  menawan hati  kaum  adam. Mereka  tidak  kisah  duit  mereka  habis  dengan  membeli  barang – barang  tersebut  malah  mereka  puas  dengan  apa yang  mereka   lakukan  itu  akan  membahagiakan   hati  mereka  juga  akhirnya  nanti.

Kita  selalu  melihat  perempuan  akan  selalu membawa  beg tangan  walau  dimana  mereka  berada.  Mereka  tidak  akan  melepaskan  peluang  untuk  membeli   beg  tangan  baru  apabila  terdapat  fesyen  baru  yang berada  dipasaran. Mereka  akan  mengikut   trend  fesyen  terkini  supaya  mereka  akan   dilihat  seorang   yang  bergaya  dan  moden  dimata  masyarakat. Jika  terdapat  reka  bentuk  beg  tangan   yang  cantik  dan  memikat  hati  mereka  akan  membelinya  tanpa  perlu berfikir  panjang  kerana  bagi  mereka  jika  kita  lambat  membuat  keputusan  mesti  beg  terdebut  akan  menjadi hak milik  orang  lain  nanti.  Mereka   juga  yang  akan  frust  jika  tidak  dapat  membelinya  nanti.


Selepas  membeli beg tangan  rasanya  tidak  lengkap  jika  tidak  mengayakannya  dengan  pakaian  dan  kasut   yang  bersesuaian  dengan  beg yang  dibeli  tadi. Mesti  berpasang – pasang  dan  bermacam -  macam  jenis  baju  yang  akan  dibeli  oleh mereka  untuk  digayakan dengan  beg tangan  tadi. Mereka  tidak  kisah  jika  baju   yang  mereka  beli  bulan  lepas  masih  ada  yang  belum  dipakai  oleh  mereka. Bagi   mereka  trend  bulan  ini  lebih  menarik  dari  baju  yang  telah  beliau  ada  sekarang.  Rasa  rugi  jika  tidak  membelinya  sekarang.  Kita  akan  rasa  ketinggalan  zaman  jika  tidak  mengikuti  arus  kemodenan dan  kemjuan fesyen di  masa  kini. Mungkin  seseorang  itu   akan  mengagap kita  seorang  yang  kolot  kerana  tidak  mengikuti  peredaran  fesyen  yang  semakin  hari  semakin bergerak  pantas.

Jika  membeli  pakaian mesti  ada  kasut  yang bbersesuaian  dengan  citarasa  kita  juga.  Kalo  tidak  membeli  kasut rasa  tidak sempurna  hidup ini agaknya.   Dengan  kasut  kita  akan  dilihat  seperti  seorang  yang berkaliber dan mempunyai  pemikiran  yang  tinggi.  Selalunya   akun  wanita  akn memilih  beberapa pasang  kasut  supaya  ia   akan  memudahkannya  mengayakan  di mana  -  mana  majlis  dan  function   supaya  mereka  akan  dilihat  seorang  yang  menawan  di mata  kaum  adam.


Tidak  tidur  lena  agaknya  jika  seseorang  wanita  itu tidak  membeli beberapa  jenis  barang  mekap untuk  mencantikkan  wajahnya  dengan  barang – barang  ini.  Jika  tanpa  mekap  wajah  mereka  tidak  akan  berseri  -  seri  seperti  wanita  -  wanita lain.  Mesti  mereka  akan  dikutuk   oleh  orang  yang  melihatnya. Demi  kecantikan  juga, mereka  sanggup  menghabiskan  duit  dengan membuat   suntikan -  suntikan  dan  pembedahan  yang  boleh  mengembalikan  kejelitaan  pada  wajah  mereka.  Walaupun  perkara  itu  menyakitkan  mereka  rela  dan  kuatkan  semangat  untuk  melakukannya  juga  supaya  kaum  adam  yang  berasa  di sampingnya  tidak  akan  beralih   arah  kepada  wanita – wanita  yang  lebih  cantik  darinya.

Demi  untuk  memikat  hati  seorang  adam,  wanita  tidak  dapat  dipisahkan  dengan  fesyen  dan  produk – produk kecantikan. Jika  mereka  pergi bershopping  tidak  menghairankan  kaum  adam   jika  mereka  terpaksa  tunggu  lama   disesebuah   kedai  untuk  memberi   ruang  kepada  kaum  hawa  memilih  barang  yang  menarik  minatnya  itu. Kaum  adam  juga  terpaksa menyediakan  wang  yang  cukup untuk  memuaskan  kaum  hawa. Mesti  mereka  sakit  kepala jika  setiap bulan mereka  terpaksa  mengeluarkan  separuh dari  gaji  mereka  kepada  kaum  hawa  untuk  fesyen  dan  produk  kecantikan  sahaja.  Ini  tidak  lagi  perbelanjaan  lain.  Mesti  kaum  adam akan  berasa  takut  untuk  mendekati  kaum  hawa  yang  sebegini,  mungkin  mereka  akan  melarikan diri  atau  menyembunyikan  diri  di rumah saja  dari  mendekati  kaum  hawa  ini.