Orang selalu cakap kahwin yang dijodohkan oleh orang tua ni boleh membawa kebahgiaan yang berpanjangan sehingga akhir hayat...adakah betol apa yang dikatakan itu. Kadang – kadang rasa tidak percaya pulak apabila dengar cerita – cerita mereka itu. Tapi tidak semestinya bercinta selepas kahwin akan memberi kebahgiaan kepada pasangan itu sendiri.
Alang indahnya bila kita dapat rasai sendiri apa yang dikatakan oleh orang – orang yang sudah ada pengalaman itu. Mungkin pada masa itu akan lebih faham dan tahu perangai baik dan buruk pasangan kita pada masa itu. Mesti hidup pada masa tu rasa indah dan terindah lagi sehingga mereka rasa tidak mahu berpisah walaupun sesaat sahaja. Mesti masa tu apa yang kita buat akan dihargai walaupun ianya tidak seberapa sebenarnya. Mesti masa kita sedang marah dia akan jadi penenang dan penghiburkan kepada kita. Masa itu hendak marah pun tidak jadi nak marah kerana dia akan tengok aksi – aksi yang membuat dia rasa ingin ketawa saja. Masa tu kita rasa geram saja dekat dia.
Mesti masa itu kita rasa bahagia dan rasa tenang saja kerana beliau akan tetap menjadi milik ita walaupun apa yang akan berlaku. Masa itulah kita baru hendak belajar faham dan memahami apa impian yang ingin dia mahukan. Masa itulah kita yang akan menjadi penguat untuk beliau terus bersemangat untuk teruskan impian yang diimpikan olehnya. Kitalah yang akan menjadi penasihat dang pendengar yang baik apabila beliau menghadapi masalah atau tekanan yang membuat beliau berasa sangat tertekan. Kitalah yang akan menjadi penyejuk untuk membuat beliau tidak lagi rasa tertekan dengan dugaan yang dihadapinya itu.
Mesti indah pada masa itu, kami boleh pergi mana – mana saja tanpa perlu rasa malu dengan kata – kata orang yang melihatnya. Kami boleh buat apa saja yang kami suka kerana kami bebas untuk melakukannya dengan hati yang bahgia, tanpa perlu takut terjebak di dalam gelombang dosa lagi. Kami mempunyai ikat yang sah dan direstui oleh kedua – dua orang tau kami.
Mesti pada masa itu, jika kami terpaksa berpisah mungkin rasa berat hati untuk melepaskannya kerana kami masih di dalam alam percintaan pada masa itu. Memag sukar untuk dilepaskan. Rasa rindu yang terpaksa disimpan dalam hati seperti setahun rasanya. Walaupun baru beberapa minit kami mula berpisah di sebabkan oleh tanggungjawab yang terpaksa kami jalankna untuk masa depan kami juga selepas ini. Kami juga tidak tahu berapa lama kami akan terus beruda saja tanpa ada orang ketiga di dalam hidup kami. Mesti rasa tidak sempurna rasanya jika tidak ada anugerah yang kami terima sebagai tanda percintaan dan kasih sayang kita itu.
Bertapa indahnya jika masa itu hadir orang ketiga yang menjadi penguat kepada ikatan yang telah kita ciptakan ini. Masa itu ingin menjerit kepada semua orang saja yang hany kita seorang saja yang dapat rasa kegembiraan itu. Hanya kita saja yang dapat rasa nikmatnya. Masa itu rasa hidup ini begitu sempurna rupanya. Tidak seperti masa dulu , aku merasa tidak guna lagi aku hidup di dunia yang fana ini kerana semua impianku sudah musnah dan hancur seperti kaca yang pecah berderai. Masa itu hatiku berasa sangat sakit dan tidak ada ubat yang dapat sembuhkannya, tetapi aku buta masih ada lagi orang yang lebih sayang dan cintaiku selepas dia.
Kini ku berasa bertuah sangat dapat hidup dengannya. Rasa bersyukur dengan dugaan yang tempuhi sebelum ini menunjukkan petanda yang baik dan erbaik dalam hidupku. Masa itu baruku terfikir rupa – rupanya bercinta selepas kahwin mempunyai kemanisan yang berbeza dalam hidupku. Hanya sesetengah orang saja yang dapat merasainya.
Bagi orang sedang bercinta sekarang mungkin beliau menafikannya kerana bagi mereka bercinta dahulu lebih baik. Bagi mereka masa itulah kita akan kenal pasangan kita itu. Masa itu kita akn tahu dia akan jujur dan setia dengan kita seorang saja. Tidak semestinya bercinta dahulu tidak membawa kebahgiaan kepada seseorang itu. Ainya bergantung pada kesetiaan dan kepercayaan seseorang itu.
Jika pilihan yang dipilihnya itu boleh membawa kebahgiaan kepadanya bertapa bertuahnya diri seseorang itu. Kerana mereka sudah faham perangai baik dan buruk pasangannya itu. Mungkin pada masa itu, mereka berasa hidup ini sangat sempurna dan terlalu indah bagi mereka. Mereka mungkin mempunyai minat yang sama. Dengan itu ia akan memudahkan mereka untuk saling memahami perangai masing – masing. Mungkin pada masa itu mereka sudah ada perancangan yang teratur kerana mereka sudah merancang sebelum mereka meneruskan ikatan ini lagi.
Mereka hanya perlu hangatkan lagi kemanisan yang mereka tempuhi sebelum ini menjadi lebih manis lagi. Masa itu mereka berasa sangat bahgia sangat rasa macam semua yang diimpikan telah sempurna. Masa itu, kami hanya perlu menunggu orang yang akan membuat kami lebih bertambah bahgia dan gembira lagi. Dengan pilihan sendiri ini akan memberi kepuasan kepada diri sendiri kerana berjaya mencari pasangan yang boleh memberi kebahgiaan kepada dalam hidup mereka tanpa perlu pertolongan ibu bapa untuk mencarikannya. Mereka hanya perlu membahagiakan hati mereka saja dan meminta restu dan doa dari mereka kerana mereka adalah anak – anak yang perlu ditegur jika melakukan kesalahan. Bagi ibu bapa anak – anak mereka ini masih mentah dalam dua ini kerana mereka masih lagi belajar untuk memahami untuk hidup berdua ini.
Mereka perlu ada komunikasi yang baik dan ada perasaan saling bertolak ansur jika berlaku perselisihan faham baru mereka akan dapat pertahankan hubungan mereka sehingga akhir hayat mereka. Oleh itu, kita perlu buang keegoan masing – masing untuk teruskan hidup ini seperti orang lain juga.
Adakah bercinta dulu baru kahwin lebih membahgiakan atau bercita selepas kahwin membawa kenikmatan berumah tangga yang amat diperlukan sekarang ini. Yang mana menjadi terbaik untuk kita semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan