Ahad, 19 Jun 2011

HARI YANG MEMENINGKAN

Hari ini mula la kita buat kerja part time yang dah lama kita tinggalkan selama ini. Dengan  semangat yang berkobar – kobar nak berkerja semula, tidur malam itu juga rasa macam tidak mahu tidur saja kerana kita akan terfikir apa yang perlu kita buat jika dah mula lakukan kerja. Sudah lama tidak kerja rasa kekok rasanya.

Pagi itu dengan  tergesa – gesa kerana tidak mahu terlewat datang kerja. Kepalaku telah terantuk di pintu. Bartapa sakitnya hanya aku saja yang dapat rasakan. Dengan tergesa – gesa akupergi juga kerja walaupun masa itu hujan turun dengan renyai – renyainya.

Tibalah aku ditempat kerja baruku itu. Dengan rajinnya aku buatla kerja – kerja ku itu. Mungkin sebab sudah lama berdiri dan juga sebab dari terantuk tadi agaknya. Aku  berasa macam hendak pitam kerana pandanganku jadi kabur dan pendengaranku jadi seberti bengang. Dengan cepatnya aku pun duduk dikerusi bagi mehilangkan rasa kekaburan dan kebengangan itu. Kalo aku buat aksi yang memalukan diriku baik aku duduk. Selamat  selepas akau duduk tidak terjadi aksi pengsanku itu di situ kalo tidak mahu aku malu dengan diriku baru hendak kerja sudah menunjukkan  perangai tidak tahu buat kerja berat pula. Sedangkan kerja itu terlalu mudah bagiku. Ainya tidak berat dan membebankan pun.

Kini  aku sudah dapat membiasakan diri dengan suasana kerja seperti dulu. Walupun kerja ini terlalu mudah bagiku tetapi ainya amat menyeronokkan. Tidak tahu macam mana nanti hendak behenti mesti rasa rindu hendak lakukannya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan