Ahad, 19 Jun 2011

KU KELIRU

Semakin hari kita akan terfikir apa yang akan berlaku selepas ini. Apa yang akan terjadi dengan idup kitakan. Ehm kadang – kadang rasa nak ja jadi budak – budak xpayah fikir apa – apa. Dalam  fikiran dorang semua main dan main ja. Xpayah fikir apa yang mereka nak buat selepas ni. Tapi ainya sudah berlaku kerana kini kita rasa kita semakin meningkat dewasa. Kita  perlu ada cita – cita yang  perlu dikecapi supaya kita rasa puas dengan pencapaian kita sendiri. Dengan adanya perancangan mungkin semua ini akan berlaku. Ehm tapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini. Apa yang akan terjadi dengan diri kita sendiri. Apakah apa yang kita rancangkan akan menjadi atau ianya hanya sekadar angan – angan kita saja.

Bila kita dah dewasa rasa semakin merumitkan rasanya hidup ini. Banyak perkara yang perlu kita fikirkan. Jika tindakan yang kita ambil ini mesti betul dan tidak akan melukakan hati  semua orang. Kadang – kadang kita akan terfikir lebih baik hidup bersendirian saja tapi ianya tidak mungkin kerana kita akan sentiasa akan dikelilingi oleh semua orang. Kadang kala terfikir apa yang telah kita lakukan sehingga orang mudah tertarik dengan diri kita sendiri.apa yang telah kita buat sehingga mereka sukar untuk melepaskan diri ini. Apa yang membuat mereka gembira dan senang untuk mendekati diri ini.

Kadang – kadang rasa keliru dengan hidup ini kerana diri kita tidak akan pernah rasa sunyi kerana ada saja orang yang akan menghiburkan dan mengembirakan kita semasa kita sedih dan suka. Kadang kala terasa diri ini begitu bertuah dan istimewa pula kerana diri ini sentiasa di sayangi.

Jika diri ini bersendirian mulalah dia berfikir apa yang akan berlaku di dalam hidupnya nanti. Siapalah yang akan berjaya akan membuat dia percaya dengan “ Apa Itu Cinta” baginya hidup ini tidak perlu cinta kerana dia sudah banyak pengalaman yang membuat dia tidak berkeyakinan untuk mendekatkan dirinya dengan orang yang boleh membuat dia percaya dan sayang dengan orang itu.kadang – kadang dia jadi keliru mana yang harus dia pilih. Orang yang sayang dia  atau dia yang sayang seseorang itu.

Yang mana paling baik dan tepat untuk dia pilih. Jika dia pilih orang yang sayang dia. Adakah orang itu akan sayang dia sehingga akhirnya. Adakah masa kini saja orang itu akan sayang kepadanya dan selepas ini, orang itu akan melupakannya. Jika orang yang sayang itu sayang dia. Adakah orang itu akan sanggup menerima dirinya yang banyak kekurangan ini. Dan banyak benda yang dia tidak tahu kerana masih banyak rahsia yang dia pendamkan. Adakah dia akan bahagia selepas ini.

Jika dia pilih orang yang dia cintai. Adakah orang itu akan mencintai seperti mana dia cinta seseorang itu. Adakah seseorang itu akan dapat memberi kebahgiaan kepada dirinya selepas ini.

Kadang – kadang dia fikir lebih baik dia serah semuanya kepada keluarganya saja yang tentukan tapi adakah ia akan membuat dia bahgia lagi selepas ini. Adakah masih ada keceriaan yang sedia ada kini akan kekal selama- lamanya.

Kadang kala dia rasa lebih baik serah semua ini kepada takdir saja. Biar Dia saja yang tentukan semua ini. Kita hanya perlu sibukkan diri dengan perkara yang kita boleh melupakan perkara ini. Mungkin ianya masih terlalu awal untuk memikirkannya. Mungkin masih ada perkara yang lebih penting yang perlu kita kejarkan lagi dari memikirkan masalah ini. Mungkin juga agaknya, so sekarang busykan diri dengan perkara lain dulu dan jangan fikirkannya kita kena kosongkannya dari ingtan kita terus agaknya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan