Aku menjadi gila sebentar dengan hobi lamaku kembali. Sudah lama aku tidak melakukannya selepas busy dengan study dan praktikal. Akhirnya, aku dapat meluangkan masa dan menghabiskan duitku dengannya. Hahahahaha, kini aku telah jatuh cinta dengannya kembali.
Kini aku di dalam dunia fantasiku sendiri dengan hobiku itu, bagaimanakah agaknya tanggapan orang lain terhadapku jika melihat gaya dan tingkah laku ku ini, mesti orang beranggapan aku seperti mabuk bercinta tetapi ia tidak seperti yang di fikirkan kerana aku mabuk bercinta dengan buku ku sendiri, bukan dengan seorang lelaki tetapi dengan sebuah buku. Mesti orang akan ketawakan ku jika melihat masih ada seorang gadis yang boleh digelar hantu novel ini, boleh membawa dirinya di dalam watak yang dibacanya itu. Mungkin tindakannya yang terlalu berimiginasi ini akan membuat orang sekelilingnya terkejut dengan tingkah lakunya. Mana tidaknya jika apa yang dibacanya itu melucukan beliau akan ketawa dan menangis jika ianya menyedihkan. Mungkin orang yang melihatnya akan terkejut dengannya dan mereka tidak menyangka masih ada orang yang boleh menjiwai apa yang dibacanya itu. Walaupun ianya sebenarnya hanya sebuah cerita dongeng dan rekaan semata – mata untuk menghiburkan orang ramai.
Baginya dengan mendalami apa yang dibacanya itu akan memberi satu kepuasan dan keseronokan kepadanya. Kerana beliau beranggapan didalam cerita yang beliau baca itu merupakan sebuah kehidupan yang di ingininya. Walaupun ianya hanya sebuah cerita akan tetapi ai amat bermakna baginya. Dengan adanya kisah – kisah tersebut beliau dapat merasai kasih sayang yang beliau impikan walaupun ianya hanyalah fantasi bukan reality akan tetapi ia membahagiakannya.
Kini beliau telah jatuh cinta dengan cerita “ Pilihan Mama”, “ Terlanjur Mencintaimu” dan “ Dibius Cinta”. Dengan adanya teman – temannya ini tidak tidur malam pun tidak apa asalkan dapat menghabiskannya dan mengetahui apa kesudahan ceritanya itu. Dengan teman – temannya inilah juga beliau sanggup tidak makan asalkan tidak berenggang dengan mereka. Agaknya bila beliau ada pakwe pun mungkin pakwenya dilupakan juga. Hahhahahahaha, siapalah yang akan bernasib malang jika mendapatku inikan. Mesti tidak akan mendapat layanan istimewa jika aku dapat teman – temanku ini. Mesti dorang rasa sangat malang dan kecewa dengan sikapku itu.
Akan tetapi aku tidak perlu memeningkan kepalaku memikirkannya kerana hingga hari ini aku masih lagi bersendiri. Aku tidak perlu memikirkan orang lain kerana aku perlu kebebasan diri dahulu, baru memikirkannya suatu hari nanti. Mungkin apabila hatiku sudah terbuka untuk menerima orang lain disampingku agaknya. Ehm aku pun tidak tahu bila ianya akan terjadi. Arhhhh biarkannya datang sendiri di dalam hidupku, mungkin ianya akan terjadi jugak bila tiba masanya. So sekarang lapangkan fikiran dan tenangkan hati dengan hidup sekarang ini. Jangan kusutkan kepala dengan masalah lain. Jangan menambahkan kekusutan yang telah ada sekarang ini. Biarkannya dengan kekusutanya itu. Akhir nanti kekusutan itu mungkin akan hilang dengan sendirinya.
Ceriakan hatimu dengan teman – temanmu itu dan busykan diri dengan hobimu itu dengan hati yang gembira dan bahagia dengan fantasimu itu.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan